SOALAN Apakah dibolehkan untuk seorang manusia itu berkahwin dengan jin?JAWAPAN Jin merupakan sebahagian daripada makhluk Allah SWT. Ia diciptakan sebelum daripada penciptaan Nabi Adam Allah SWT berfirmanููููููุฏู ุฎูููููููุง ุงููุฅููุณูุงูู ู ูู ุตูููุตูุงูู ู ูููู ุญูู ูุฅู ู ููุณูููููู ๏ดฟูขูฆ๏ดพ ููุงููุฌูุงููู ุฎูููููููุงูู ู ูู ููุจููู ู ูู ูููุงุฑู ุงูุณููู ููู ู โDan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Adam dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.โ [Surah Al-Hijr 26-27]Imam Al-Hafiz Ibn Katsir dalam menafsirkan firman Allah SWT ู ูู ูููุงุฑูุงูุณููู ููู ู ููุงููุฌูุงููู ุฎูููููููุงูู ู ูู ููุจููู โDan jin pula, Kami Allah jadikan ia sebelum itu, yakni sebelum manusia Adam daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.โ Ibnu Abbas meriwayatkan โIaitu api panas yang mematikan.โ [Lihat Tafsir Al-Qurโan al-Azhim, Ibn Katsir 5/10]Syeikh al-Maraghi berkata โKami menciptakan jenis jin ini sebelum penciptaan Nabi Adam Ia dicipta daripada api, angin yang sangat panas sehingga dapat membakar dan membunuh sesiapa sahaja yang mengalaminya.โ [Lihat Tafsir al-Maraghi, 14/20]Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidatina Aisyah beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabdaุฎูููููุชู ุงููู ูููุงุฆูููุฉู ู ููู ูููุฑูุ ููุฎููููู ุงููุฌูุงููู ู ููู ู ูุงุฑูุฌู ู ููู ููุงุฑูุ ููุฎููููู ุขุฏูู ู ุนููููููู ุงูุณููููุงู ู ู ูู ููุง ููุตููู ููููู ู โMalaikat diciptakan dari cahaya, manakala jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah disifatkan diceritakan bagi kamu.โ [Riwayat Muslim 2996]Menurut Ibnu Abbas, Ikrimah, Mujahid, al-Hasan dan lainnya, berkenaan penciptaan jin daripada โู ูุงุฑูุฌู ู ููู ููุงุฑูโ, maksudnya ialah hujung api yang membara ุทุฑู ุงูููุจ dan dalam riwayat yang lain bermaksud daripada api yang murni ู ู ุฎุงูุตู. [Lihat Al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibn Katsir 1/59]Golongan jin ini secara umumnya terbahagi kepada tiga golongan. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abi Tsaโlabah al-Khusyaniy bahawa Rasulullah SAW bersabdaุงููุฌูููู ุซููุงูุซูุฉู ุฃูุตูููุงูู ุตููููู ููููู ู ุฃูุฌูููุญูุฉู ููุทููุฑูููู ููู ุงููููููุงุกู ุ ููุตููููู ุญููููุงุชู ูููููุงูุจู ุ ููุตููููู ููุญููููููู ููููุธูุนูููููู โJin terdiri daripada tiga golongan. Satu golongan mempunyai sayap dan mereka terbang di udara, satu golongan berbentuk ular dan anjing, manakala satu golongan lagi mendiami sesuatu tempat dan berpindah-randah seperti Arab Badwi.โ [Riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 3702]Dalam mengulas berkenaan persoalan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa secara umumnya para ulamaโ berbeza pendapat tentang hukum manusia berkahwin dengan jin. Kata Syeikh Abu Hamid Al-Imad bin Yunus Rahimahullah โYa, boleh untuk manusia berkahwin dengan jin.โManakala Syeikh Syarafuddin Al-Barizi pula berkata โTidak dibolehkan bagi seseorang lelaki itu untuk berkahwin dengan seorang wanita dari kalangan jin. Ini berdasarkan mafhum dari dua firman Allah yang berikutููุงูููููู ุฌูุนููู ููููู ู ูููู ุฃููููุณูููู ู ุฃูุฒูููุงุฌูุง โDan Allah telah menjadikan buat kamu isteri-isteri daripada diri kamu sendiri.โ [Surah Al-Nahl 72]Begitu juga firman Allah SWTููู ููู ุขููุงุชููู ุฃููู ุฎููููู ููููู ู ูููู ุฃููููุณูููู ู ุฃูุฒูููุงุฌูุง ูููุชูุณููููููุง ุฅูููููููุง โDan antara tanda-tanda kebesaran-Nya adalah Dia menciptakan buat kamu isteri-isteri dari diri kamu sendiri supaya kamu berasa tenang kepadanya.โ [Surah Al-Rum 21]Para ulamaโ tafsir dalam huraian mereka ke atas dua ayat ini menyebut โIaitu Allah SWT menjadikan buat kamu pasangan dari jenis kamu sendiri yang mengikut proses kejadian kamu. Sama seperti firman Allah SWTููููุฏู ุฌูุงุกูููู ู ุฑูุณูููู ู ูููู ุฃููููุณูููู ู โSesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari diri kamu sendiri.โ [Surah Al-Taubah 128]Iaitu maksudnya dari kalangan anak Adam.โDemikian juga para ulamaโ yang menghalang perkahwinan dengan jin ini berhujahkan kepada sebuah hadis dhaif yang menyebutููู ุงููููุจูู ุตูู ุงููู ุนููููููู ููุณูู ุนูู ููููุงุญ ุงููุฌููู โNabi SAW melarang perbuatan nikah dengan jin.โ [Riwayat Harb Al-Karmani secara mursal]Antara ulamaโ yang melarang perkahwinan antara manusia dan jin ini adalah Imam Al-Hasan Al-Basri, Qatadah, Al-Hakam bin Utaibah, Ishaq bin Rahawaih, serta Uqbah juga Syeikh Yusuf bin Ahmad Al-Sijistani dari kalangan fuqaha Al-Hanafiyyah menyebut โTidak dibolehkan perkahwinan antara manusia dengan jin.โ [Rujuk Munyah Al-Mufti an Al-Fatawa Al-Sirajiyyah]Demikian juga antara hujahan lain menyebutkan bahawa pernikahan itu disyariatkan untuk menimbulkan perasaan kasih sayang, ketenangan antara dua pasangan, serta mahabbah. Dan ciri yang demikian itu tidak dimiliki oleh golongan juga tidak terdapatnya kebenaran daripada syarak terhadap perkahwinan antara manusia dan juga jin. Bahkan Allah SWT berfirmanููุงูููุญููุง ู ูุง ุทูุงุจู ููููู ู ูููู ุงููููุณูุงุกู โMaka bernikahlah dengan apa yang baik buat kamu dari kalangan orang perempuan.โ [Surah Al-Nisaโ 3]Perkataan perempuan itu bermaksud nama bagi golongan perempuan anak Adam secara khusus. Maka kekallah pengharaman ke atas selain mereka orang perempuan dari kalangan anak Adam. Ini kerana kaedah fekah menyebutkan Asal bagi kemaluan adalah haram sehinggalah datangnya dalil yang menghalalkanโ.Begitu juga para ulamaโ menyatakan bahawa pernikahan sesama manusia di antara lelaki yang merdeka dengan perempuan dari kalangan hamba pun tidak dibenarkan sedangkan mereka dari jenis yang sama. Maka perkahwinan di antara manusia dengan jin adalah lebih utama untuk tidak kesimpulan kami menyatakan bahawa berdasarkan beberapa nas dan hujahan yang dikemukakan di atas, hukum perkahwinan di antara manusia dengan jin adalah dilarang. Ini bertepatan dengan maqasid syarak dari pensyariatan perkahwinan sesama manusia antara lelaki dan perempuan, iaitu untuk menghasilkan sakinah, mawaddah, serta menyebar luaskan keturunan manusia dari kalangan lelaki dan juga perempuan. Lebih-lebih lagi syarak amat menekankan tuntutan kafaah yakni sekufu sesama pasangan dalam kalam semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri Mufti Wilayah Persekutuan + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media Oh! Youtube
- ะ ฮณะธะฟะธ ีงีฌีจีปฮฟีฏฯัฯ
- ีึีฌะพัีซ ัแถฮนะฟัฯแะณแขแก ะตะณีซัแตฯะฐัฯ
ึ
- ะฅัะธ ีขะพแจ ีป ัฮฑึะธ
- ะึัฮฒะธีพแฆึ ะธ ั ฮฒ
- ะฃีผ ะพแฝฯแ ััแงีด ฮธะฟัีญะถะธะน
Discovershort videos related to hukum berkawan dengan non muslim on TikTok. Watch popular content from the following creators: mutiaa๐ฃ(@mt.repair), user4106588848346(@bojoe_maryanto), Tari(@tari36), JengKoil(@mr.jeng86), Alzam Hijrah(@alzam_hijrah) . Explore the latest videos from hashtags: #muslimvsnonmuslim, #menjawabtuduhannonmuslim, #nongrongdengankawan, #standwithfalsteenmuslim .
Banyak mengaku saya Pancasila, NKRI dan sebagainya, tetapi ngomonganya malah memecah belah bangsa" katanya. Selain itu, dirinya juga mengaku, sudah berkawan cukup dekat dengan Ketua Umum Partai Gelora Anis Matta, Wakil Ketua Umum Fahri Hamzah dan Bendahara Umum Achmad Rilyadi. Dirinya merasa memiliki ikatan emosional dengan Partai Gelora.
๏ปฟAkhirnyadengan penuh kesadaran, nenekku menikahi jin "YANG HANYA MENYERUPAI KAKEK" jadi yang aku lihat kemarin, nyatanya bukan kakekku. Nenek seolah membohongi dirinya dan menanam sugesti di pikirannya bahwa itu adalah kakek, jadi, foto2 pernikahannya yang ia pajang, bukanlah foto pernikahannya dengan kakek, melainkan dengan jin tersebut.t7wdZWg.